SYDNEY: Syarikat teknologi termasuk Whatsapp, Reddit dan gergasi penstriman Twitch serta syarikat permainan Roblox mungkin menjadi antara lebih sedozen laman yang bakal ditambah ke dalam senarai larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun di Australia.
Menurut Utusan Malaysia, langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan Australia melindungi kanak-kanak daripada bahaya dalam talian, seperti buli siber, eksploitasi seksual, dan pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai.
Platform seperti Facebook, Snapchat, TikTok dan YouTube sudah pun termasuk dalam larangan tersebut.
Namun, ketua Pesuruhjaya eKeselamatan Australia, Julie Inman Grant menulis kepada 16 lagi syarikat untuk ‘menilai sendiri’ sama ada mereka termasuk dalam skop larangan tersebut.
Senarai itu turut merangkumi Pinterest serta Lego Play, syarikat penstriman Kick dan platform permainan Steam.
Syarikat-syarikat ini perlu mengemukakan hujah jika mereka percaya platform mereka wajar dikecualikan daripada larangan itu, menurut penyiar nasional ABC.
Inman Grant memberitahu rangkaian tersebut. Walaupun pun ada kes yang ‘agak jelas’, pengawal selia akan memberi mereka proses ketekunan wajar.
Suruhanjaya itu berkata tumpuan awal akan diberikan kepada platform yang mempunyai bilangan pengguna tertinggi, terutamanya melibatkan risiko bahaya terhadap pengguna muda.
Australia mungkin menjadi negara pertama dunia yang melarang pengguna bawah 16 tahun daripada mengakses internet.
Tindakan itu dibuat berdasarkan kajian tempatan dan antarabangsa menunjukkan pendedahan berlebihan kepada media sosial turut memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental kanak-kanak.