Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menewaskan pasangan India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa 13-21, 24-22, 21-18 pada aksi pusingan kedua Indonesia Masters 2025 di Istora Senayan, Jakarta, kelmarin.
PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menempah tiket ke suku akhir Indonesia Masters 2025 selepas bermandi peluh untuk menewaskan gandingan India, kelmarin.
Menghuni di ranking No. 66 dunia, beregu negara bangkit dari ketinggalan set pertama untuk menundukkan, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa 13-21, 24-22, 21-18.
Menurut Utusan Malaysia, Pei Kee-Mei Xing seterusnya berdepan ujian getir apabila dijadualkan bertemu pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian bagi perebutan tiket ke separuh akhir kejohanan berstatus Super 500 itu, hari ini.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beregu lelaki profesional negara, Nur Mohd Azryn Ayub-Tan Wee Kiong apabila gagal menembusi gandingan China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.
Gandingan veteran itu tewas straight set 21-16, 21-14 kepada pasangan No. 36 dunia berkenaan.

































