Pemain pertahanan Paris Saint-Germain, Marquinhos (kiri) dan penyerang Manchester City, Erling Haaland bersaing dalam aksi Liga Juara-Juara di Parc des Princes, Paris.
PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan kebangkitan menakjubkan daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Manchester City 4-2 dalam saingan Liga Juara-Juara sekali gus meninggalkan pasukan Pep Guardiola berisiko tersingkir.
Menurut Utusan Malaysia, dalam aksi di Parc des Princes itu, City mendahulu tuan rumah dengan selesa menerusi jaringan Jack Grealish dan Erling Haaland, namun PSG bangkit menyamakan kedudukan apabila Ousmane Dembele dan Bradley Barcola kembali menjadikan perlawanan seimbang sebelum Joao Neves dan Goncalo Ramos melengkapkan dua lagi gol untuk tuan rumah berpesta.
Kedua-dua kelab turun beraksi dengan berdepan dengan kedudukan tidak selamat dalam liga dengan City berada di tangga terakhir 24 untuk layak ke pusingan seterusnya daripada 36 pasukan manakala PSG tangga 26.
Malah, City sudah maklum, hanya kemenangan akan menyelamatkan mereka untuk beraksi dalam saingan play off bulan depan, namun kemenangan PSG membolehkan kelab Perancis itu mendaki 10 mata ke zon selamat, manakala The Citizens tercicir keluar dengan baki satu perlawanan lagi menentang wakil Belgium, Club Brugge.
Sementara itu, Arsenal hanya selangkah untuk layak ke pusingan 16 akhir selepas menang 3-0 ke atas Dinamo Zagreb.
Declan Rice melangkap gol kemenangan Arsenal selepas Gunners mendahului selesa dengan dua jaringan awal daripada Kai Havertz dan Martin Odegaard dalam babak kedua perlawanan.
Keputusan
RB Leipzig 2 – 1 Sporting Lisbon
Shakhtar 2 – 0 Brest
Real Madrid 5 – 1 RB Salzburg
PSG 4 – 2 Manchester City
Sparta Prag 0 – 1 Inter Milan
Arsenal 3 – 0 Dinamo Zagreb
Celtic 1 – 0 Young Boys
Feyenoord 3 – 0 Bayern Munich
AC Milan 1 – 0 Girona































