Imej satelit yang dirakam pada 23 Oktober 2024, menunjukkan sebuah kapal besar dalam pembinaan di Pulau Longxue, di wilayah selatan Guangdong.
BEIJING: China dilihat sedang membina kapal pengangkut pesawat baharu dan luar biasa, yang menarik minat pakar kerana rekaannya berpotensi meningkatkan keupayaan maritim Beijing.
Menurut Utusan Malaysia, imej satelit daripada Planet Labs menunjukkan sebuah kapal dengan dek rata dan terbuka yang besar sedang dalam pembiaan di Guangzhou Shipyard International di Pulau Longxue, di wilayah selatan Guangdong.
Bekas komander kapal selam Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Thomas Shugart berkata, kapal pengangkut pesawat itu berbentuk dan berukuran agak luar biasa.
Katanya, ukuran itu jauh lebih kecil daripada kapal pengangkut pesawat tentera laut China dan kapal amfibia jenis Type O75, menunjukkan Beijing mungkin sedang membina ‘pesawat kapal terbang’ pertama di dunia sebagai kapal penyelidikan lautan.
Kewujudan kapal baharu itu pertama kali dilaporkan oleh The War Zone.
China terus menghasilkan kapal perang canggih dengan pantas dan sering kali setanding dengan teknologi kapal pengangkut pesawat AS.
Kapal pengangkut pesawat terbesar dan tercanggih China, Fujian, memulakan ujian laut awal tahun ini, yang dijangka menjadi aset Tentera Laut Pembebasan Rakyat (PLAN) menjelang 2026.
Kapal 80,000 tan itu, jauh lebih besar daripada dua kapal pengangkut PLAN sedia ada, Shandong seberat 66,000 tan dan Liaoning (60,000 tan), menjadikannya setaraf dengan kapal dimiliki Tentera Laut AS.
China turut menunjukkan kemajuan besar dalam pembinaan kapal serang amfibia terbesar dunia, Type 076.
Menurut Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), dek penerbangan Type 076 menjangkau 260 meter, iaitu lebih 13,500 meter persegi, menghampiri keluasan tiga padang bola sepak AS.































