Srettha Thavisin dipecat sebagai Perdana Menteri Thailand
BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Srettha Thavisin dipecat sebagai Perdana Menteri setelah didapati bersalah melanggar etika kerana melantik seseorang individu yang pernah disabit bersalah sebagai menteri.
Menurut Utusan Malaysia, keputusan itu diputuskan dengan 5-4 dengan lima hakim menyokong aduan dikemukakan manakala empat menolak sekali gus Thailand perlu melantik Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh 18 bulan selepas pilihan raya umum yang berlangsung pada Mei 2023.
Memetik laporan Thai PBS, ini sekali gus Srettha tersingkir sebagai Perdana Menteri Thailand ke-30.
Ini susulan Srettha dituduh melanggar peraturan etika dengan melantik Pichit Chuenban, seorang peguam yang rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra sebagai menteri, beliau pernah disabitkan dengan hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 2008 kerana kesalahan berkaitan rasuah.
Namun Pichit meletak jawatan sebagai menteri dalam usaha untuk melindungi Srettha tetapi Mahkamah Perlembagaan tetap bersetuju untuk mendengar kes terbabit, yang dimulakan oleh aduan daripada senator yang dilantik oleh tentera.


































