Keadaan rumah pusaka yang musnah dalam kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Jumaat lalu.
MUAR: Lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran sehingga menyebabkan pasangan warga emas dan seorang cucu mereka terkorban di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini berjaya diberkas polis awal pagi kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan penahanan suspek yang diburu sejak lima hari lalu.
Katanya, suspek berusia 48 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar pagi kelmarin untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan.
Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pukuñ 1.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abd. Hamid, 76, serta cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.


































