Hajiji membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala bersama Dr. Nadolenko semasa kunjungan hormat tersebut.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyambut baik kunjungan hormat Duta Ukraine ke Malaysia, Dr. Hennadii Nadolenko, sebagai simbol persahabatan antara Ukraine dan Sabah.
“Sabah sentiasa terbuka untuk memperkukuh hubungan antarabangsa, khususnya dalam bidang perdagangan, pendidikan, pelaburan dan pembangunan ekonomi,” katanya ketika menerima kunjungan Dr. Nadolenko di Menara Kinabalu, di sini hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri berharap hubungan tersebut akan membuka lebih banyak peluang kerjasama yang membawa manfaat bersama.


























