BERLIN: Tiga konsert artis Taylor Swift yang dijadual berlangsung di Vienna, Austria dalam minggu ini dibatalkan setelah pihak kerajaan mengesan wujudnya serangan.
Menurut Utusan Malaysia, Canselor Austria, Karl Nehammer dalam maklum balas segera menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘tragedi yang dihalang’.
“Terima kasih diatas kerjasama bersepadu pihak polis dan penubuhan awal DSN dengan perkhidmatan antarabangsa, ancaman dikenalpasti lebih awal, diperangi dan menghalang tragedi,” tulisnya dalam media sosial X.
Penganjur tiada pilihan terpaksa membatalkan tiga persembahan konsert tersebut setelah kerajaan mengesahkan rancangan serangan penganas ke atas Stadium Ernst Happel.
Menurut Barracuda.music selaku penganjur dalam hantaran Instagram, semua bayaran tiket akan dikembalikan secara automatik.
Polis Austria dalam pada itu menahan dua suspek yang merancang menyerang konsert, kata Pengarah Urusan Keselamatan Awam, Franz Ruf dalam sidang medianya pad Rabu.
Berdasarkan siasatannya, mereka mengenalpasti tindakan individu oleh seorang suspek berusia 19 tahun yang menyasarkan konsert Taylor Swift di Vienna.
Franz mendakwa suspek merupakan warga Austria dan setia kepada kumpulan Islamic State (IS).
Pihak polis dikatakan melakukan pemeriksaan di kediaman suspek di Ternitz, Austria dan sedang menganalisa bukti ditemukan di rumahnya.
Tiga konsert Taylor Swift dijadual berlangsung di Vienna bermula Khamis sehingga Sabtu yang dijangka kehadiran 65,000 pada setiap persembahan.


































