Ivan Yu menetapkan masa terpantas untuk membina LEGO® Star Wars 75192 Millennium Falcon dengan masa tujuh jam 36 min 37 saat pada 2 Disember 2023.
ONTARIO: Seorang lelaki Kanada menggabungkan kecintaannya terhadap Lego dan Star Wars dengan membina 7,541 keping Millennium Falcon bagi mencapai rekod tujuh jam, 36 minit dan 37 saat.
Menurut Utusan Malaysia, Ivan Yu dari Markham di sini memperoleh Rekod Dunia Guinness untuk masa terpantas dengan membina Lego Star Wars model 75192 Millennium Falcon.
“Proses pembinaan sebenar, benar-benar menyeronokkan dan saya fikir pereka Lego melakukan kerja yang hebat untuk menjadikan gergasi ini satu proses yang menyeronokkan, “ kata Yu kepada Guinness World Records.
Yu berkata, dia tidak berasa letih semasa membina kapal angkasa Lego yang besar itu.
“Saya sangat menikmati Lego pada mulanya, jadi sebaik sahaja saya memulakan binaan ini, saya agak tidak perasan masa berjalan ketika berada di zon itu, sebelum saya sedar tujuh setengah jam sudah tamat,” katanya.
Ivan berkata, dia sentiasa menjadi peminat setia Star Wars dan sangat menyukai reka bentuk kapal angkasa, seperti Millennium Falcon atau Star Destroyer.
Dia memberitahu mengumpul banyak Lego dan sehingga sekarang masih seronok membina Lego pada masa lapang.
Jadi, apabila set Millennium Falcon ini keluar beberapa tahun lalu, dia perlu mendapatkannya dan berjimat.
Apabila mendapatnya, dia terjumpa video yang dibuat oleh Guinness World Records mengenai percubaan rekod sebelum ini.


































