Antara aksi pemain pada hari pertama acara ping pong.
KOTA KINABALU: Sebanyak 19 daerah mengambil bahagian dalam acara ping pong Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10.
Acara berkenaan berlangsung selama tiga hari di Dewan Perdana Maksak Likas bermula hari ini.
Tujuh kategori dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, berpasukan lelaki dan wanita serta kategori campuran.
Manakala pertandingan akhir dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.


































