Antara gambar pemenang dalam sukan tradisi pada program tersebut.
PENAMPANG: Pasukan dari Kinarut, team Ramp bow dan team GeramBeat mengungguli acara migazat dukug atau tarik tali dalam Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026.
Team Ramp bow memenangi kategori lelaki terbuka (680kg) disusuli Team Sixth 7 Tow dari Penampang dan tempat ketiga dimenangi oleh Team Reborn dari Kota Marudu manakala Team GeramBeat muncul juara kategori wanita terbuka (560kg) diikuti Team Dinamik Women Puller dari Kota Marudu di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Team Tambunan.
Kategori Lelaki Terbuka (Open Weight) pula dimenangi Team Sixth 7 Tow dari Penampang manakala tempat kedua dimenangi oleh Team Rudal D9 dari Limbang dan Team GeramBeat di tempat ketiga.
Sementara itu, acara sukan mipulos (gusti lengan) kategori lelaki remaja bawah 18 Tahun pula menyaksikan tempat pertama disandang oleh Nathanael Evander Sooyon menewaskan Crist Yuan Zone di tempat kedua manakala tempat ketiga bersama jatuh kepada Mohd Amir Fahmi dan Alther Adler.
Bagi acara mipulos kategori 85kg ke atas pula, johan telah dimenangi oleh Radical Randie Mu, tempat kedua jatuh kepada Jordan Luke Chin dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Ronald Janssen Mansuet serta Frankie Petrus.
Jaguh Gusti Tangan Negara, Joyce Heng Shu Xia menewaskan lawannya bagi memenangi acara gusti lengan kategori perempuan 60kg ke atas manakala Amyley Wilson di tempat kedua dan tempat ketiga bersama dikongsi Fredda Beniji Freddy dan Edith Lojuyo.
Sementara itu, bagi mipulos kategori Perempuan 59kg ke bawah, tempat pertama dimenangi oleh Nicole Amanda Jiral, tempat kedua Vivie Victor manakala tempat ketiga bersama Christine Mary Jeffrey dan Rita Langap.
Gusti lengan kategori lelaki 85kg ke bawah pula menampilkan Raymond Wong sebagai pemenang tempat pertama, diikuti Larry Bernad tempat kedua dan Nicky Cheah serta Wilson Chong di tempat ketiga bersama dan kategori Lelaki 70kg kebawah pula dimenangi oleh Victor Larry diikuti Mohd Shafiq Nikson dan Aldrian Izac Edmond masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Gusti lengan juga dimeriahkan dengan penyertaan bagi kategori Veteran 45 Tahun Ke Atas yang dimenangi oleh Jolly Johnson disusuli Oliver Joseph di tempat kedua dan tempat ketiga Esmond Ampilah.
Turut disampaikan hadiah bagi pertandingan sukan tradisi yang lain antaranya acara manandus atau membujak, sukan monopuk(menyumpit), sipatu tompulalanggoi (terompak gergasi) dan sukan tumutu atau memproses padi.
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah dan Pembantu Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), Datuk Seri Dr. Anil Sandhu di Dewan SMK Bahang di sini, pada Ahad.
Untuk rekod, sukan tradisi merangkumi sepuluh acara sukan tradisional antaranya tarik tali, gusti lengan, melastik, menyalakan api, rampanau, menjerat kerbau, membujak, menyumpit, terompak gergasi dan memproses padi, dan ada diantaranya sudah berlangsung pada hari pertama penganjuran mengikut kategori masing-masing.
































