Hajiji (kanan) dalam perbincangan dengan Chang.
KOTA KINABALU: Rombongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Persekutuan, diketuai Menteri Chang Lih Kang mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Turut serta dalam rombongan itu ialah Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Kurup, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim dan pengarah agensi di bawah kementerian itu.

Hajiji (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Chang selepas kunjungan hormat.
Antara isu yang dibincangkan ialah mendorong pembangunan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di Sabah.