Ruben Amorim bergambar bersama skuad Manchester United di tangga pesawat Malaysia Airlines sebelum berlepas ke Malaysia, kelmarin. – FB Manchester United
PETALING JAYA: Manchester United mengotakan janji mereka untuk membawa skuad utama dalam siri jelajah pra-musim ke Malaysia bagi berdepan skuad ASEAN All-Star di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.
Menurut Utusan Malaysia, selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-15 dengan menewaskan Aston Villa 2-0 di Old Trafford kelmarin, skuad kendalian Ruben Amorim bergegas terbang ke Malaysia bagi siri jelajah itu.
The Red Devils dalam satu hantaran di media sosialnya memaklumkan semua pemain di bawa ke Kuala Lumpur kecuali tiga pemain iaitu Noussair Mazraoui, Lisandro Martinez, Leny Yoro yang mengalami kecederaan.
Situasi berkenaan pastinya mengembirakan peminat United kerana mereka bakal menyaksikan pemain-pemain bintang kesayangan mereka seperti Bruno Fernandes, Casemiro, Alejandro Garnacho, Amad Dillo dan ramai lagi.
United akan memulakan jelajah pra-musim bertemu ASEAN All-Stars di SNBJ pada Rabu ini dan dua hari kemudian, mereka akan menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong.
“Kali terakhir kelab ke Kuala Lumpur pada tahun 2009, dan Hong Kong pada tahun 2013, tetapi ikatan antara United dan jutaan peminat setia di Asia sentiasa kukuh,” kata United.
Difahamkan, lebih 60,000 keping tiket telah terjual ketika bagi menyaksikan aksu ASEAN All-Star berdepan United yang turut menampilkan lima pemain skuad Harimau Malaya iaitu Sergio Aguero, Azam Azmi Murad, Declan Lambert, Adib Ra’op dan Haziq Nadzli.
Kali terakhir kelab itu beraksi di Malaysia ketika siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI sebanyak dua kali, iaitu masing-masing 3-2 dan 2-0 pada 18 dan 20 Julai di SNBJ.
Musim ini, United mempamerkan aksi kurang memberangsangkan apabila berada di tangga ke-15 dengan 42 mata, sekali gus menjadi penampilan terburuk di Liga Perdana.
Skuad Manchester United ke Kuala Lumpur
Penjaga gol: Andre Onana, Altay Bayindir, Tom Heaton
Pertahanan: Harry Amass, Dan Armer, Diogo Dalot, Matthijs de Ligt, Patrick Dorgu, Jonny Evans, Tyler Fredricson, Ayden Heaven, Jaydan Kamason, Godwill Kukonki, Harry Maguire, Reece Munro, Luke Shaw
Tengah: Casemiro, Toby Collyer, Bruno Fernandes, Tyler Fletcher, Sekou Kone, Kobbie Mainoo, Jack Moorhouse, Mason Mount, Jim Thwaites, Manuel Ugarte
Penyerang: Alejandro Garnacho, Amad, Rasmus Hojlund, Shea Lacey, Chido Obi, Joshua Zirkzee.

































