Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran (tengah) dituduh mengambil sogokan bernilai ratusan ribu dolar daripada hartawan, Ong Beng Seng.
SINGAPURA: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran mengaku bersalah menerima hadiah semasa memegang jawatan, selepas pihak pendakwa menggantikan dua dakwaan rasuah dengan tuduhan lebih ringan di bawah Seksyen 165.
Seksyen tersebut menetapkan bahawa perbuatan penjawat awam menerima atau memperoleh hadiah dari pihak yang mempunyai urusan rasmi dengannya, adalah satu kesalahan.
Menurut Utusan Malaysia, Channel News Asia melaporkan, pendakwa raya turut mengurangkan pertuduhan yang dihadapi Iswaran kepada lima daripada 35 pertuduhan asal, lapor
Iswaran ditahan pada Julai tahun lalu dan dituduh mengambil sogokan bernilai ratusan ribu dolar daripada hartawan, Ong Beng Seng, sebahagiannya untuk memajukan kepentingan perniagaan Beng Seng, yang tidak didakwa atas sebarang kesalahan.
Iswaran, 62 tahun, merupakan anggota politik pertama di Singapura yang dibicarakan di mahkamah dalam tempoh hampir lima dekad.
Selain pengamal media yang berada di Mahkamah Tinggi sejak pagi tadi, terdapat beberapa orang awam yang turut menunggu untuk mendapatkan nombor giliran yang membolehkan mereka menyaksikan perbicaraan Iswaran.


































