Dua angkasawan Amerika tersekat di angkasa lepas.
WASHINGTON DC: Dua angkasawan Amerika tersekat di angkasa lepas selepas mereka tidak dapat pulang ke bumi dalam suatu tempoh yang lama.
Menurut Utusan Malaysia, Barry “Butch” Wilmore dan Sunita Williams berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada 5 Jun lalu, masih lagi berada di angkasa lepas meskipun mereka menjangkakan akan pulang ke bumi dalam masa beberapa hari.
Pasangan itu yang berkemungkinana akan terperangkap selama-lamanya di mana mereka bakal kehilangan musim panas sepenuhnya malah menghabiskan Krismas dan Tahun Baru di angkasa.
Wilmore dan Williams, masing-masing berusia 61 dan 58 tahun menerbangkan kapal angkasa Boeing Starliner ke stesen itu dan ianya merupakan penerbangan pertama seumpamanya bagi mereka dan ia merupakan ujian yang direka untuk melihat prestasi kapal angkasa baharu sebelum ia digunakan dengan lebih kerap.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang berlaku di antaranya ialah terdapat kebocoran dalam sistem pendorongnya sehingga membuatkan beberapa pendorong terpaksa dimatikan.
Jadi, sementara mereka berjaya sampai ke stesen angkasa dengan selamat, mereka memerlukan mod pengangkutan alternatif untuk pulang jika kapal angkasa tersebut tidak dianggap selamat untuk kembali ke Bumi.
Pada taklimat berita pada Rabu, pegawai NASA berkata tiada keputusan tegas dibuat apabila ia melibatkan langkah seterusnya.
“Pilihan utama kami ialah mengembalikan Butch dan Suni pada Starliner.
“Bagaimanapun, kami telah melakukan perancangan yang diperlukan untuk memastikan kami mempunyai pilihan lain yang terbuka,” kata Steve Stich, pengurus Program Krew Komersial Nasa.
Tambahnya lagi, satu pilihan sedang dipertimbangkan iaitu, untuk melampirkan dua angkasawan itu ke misi yang dijadualkan dilancarkan pada September, dan mereka dijangka kembali ke bumi pada Februari tahun depan.


































