Mereka yang dijangkiti hanya mempunyai gejala ringan dan diletakkan dalam pengasingan.
BEIJING: China mengesan lima kes antraks kulit pada manusia, yang kebanyakannya ditemukan pada haiwan.
Menurut Utusan Malaysia, kes itu dikesan selepas lima pekerja ladang bersentuhan langsung dengan haiwan yang dijangkiti di ladang lembu pedaging di daerah Yanggu, di timur wilayah Shandong.
Mereka yang dijangkiti mempunyai gejala ringan dan kini dirawat serta diletakkan dalam pengasingan.
Pihak berkuasa kesihatan mengekalkan kontak rapat di bawah pemantauan ketat.
Dikenali sebagai penyakit yang serius, antraks biasanya menjangkiti seseorang jika bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau produk haiwan yang tercemar.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), terdapat empat jenis antraks.
“Antraks kulit berlaku apabila spora antraks masuk ke dalam luka atau atau calar pada kulit seseorang yang mengendalikan haiwan dijangkiti atau produk haiwan tercemar seperti bulu, kulit atau rambut.
“Ia kebanyakannya muncul di kepala, leher, lengan bawah dan tangan,” kata CDC dalam laman webnya.


































