Hajiji bersama para pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS) memotong kek Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, di sini hari ini.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden PBS; Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; bersama pemimpin kanan parti itu serta GRS.

Hajiji diiringi oleh para pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS.
Selain menikmati jamuan Aidilfitri, tetamu turut disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan gambus dan nyanyian, persembahan khas, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta acara memotong kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS.
































