Hajiji mengangkat sumpah sebagai ADUN Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mendahului barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Dewan Mesyuarat DUN Sabah, hari ini.
Upacara itu berlangsung di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Haji Kadzim M. Yahya.

Hajiji menandatangani surat sumpah memegang jawatan sebagai ADUN Sabah.
Selepas Hajiji, majlis diteruskan dengan barisan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri serta para menteri kabinet negeri mengangkat sumpah, diikuti Ketua Pembangkang, barisan Pembantu Menteri dan keseluruhan ADUN dipilih yang lain.
Turut mengangkat sumpah ialah enam ADUN dilantik, iaitu Datuk Mohamed Razali Razi, Datuk Abdul Kassim Razali, Datuk Caesar Mandela Malakun, Datuk Ir. Chin Shu Ying, Datuk Roger Chin Ken Fong dan Grace Lee Li Mei.
Sementara itu, pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2026 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dijadualkan berlangsung esok.






















