Juliah menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik, Hospital Wanita Dan Kanak Kanak.
KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Hajah Juliah Salag dan rombongannya menyantuni pesakit kanak-kanak sempena Program Ziarah Amal MUTIARA GRS di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di sini, hari ini.
Sempena program itu, Juliah turut menyampaikan sumbangan antaranya Goodies Bag dan duit raya kepada wakil pesakit di wad kanak-kanak hospital berkenaan.

Juliah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Dr. Yogendra.
Pada majlis itu, penyerahan lampin pakai buang (kanak-kanak) dan Pek Penjagaan diri serta sebanyak 11 kerusi roda turut disampaikan kepada Pengarah HWKKS, Dr. Yogendra A/L Panchalingam.
































