MOSCOW: Kremlin berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin tidak bercadang untuk mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS).
Menurut Utusan Malaysia, Kremlin berkata, pihaknya akan menilai Trump berdasarkan tindakannya.
“Kami akan membuat kesimpulan berdasarkan langkah konkrit dan kata-kata konkrit,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan.
Tambahnya, beliau tidak mengetahui rancangan Putin untuk mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya pada pilihan raya, kerana AS adalah ‘negara yang tidak mesra’.
Katanya, hubungan dengan AS berada pada tahap terendah dalam sejarah, tetapi Kremlin terbuka untuk berdialog dan akan melihat apa yang berlaku jika Trump kembali ke White House pada Januari.


































