VATICAN CITY: Pemimpin tertinggi Vatican, Paus Francis semalam mengambil keputusan luar biasa memecat 10 individu daripada gerakan Katolik di Peru setelah siasatan mendedahkan mereka terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan kewangan.
Menurut Utusan Malaysia, Badan Persidangan Pembesar Katolik Peru yang memetik kenyataan Vatican di laman webnya semalam memaklumkan, tindakan itu membabitkan seorang pemimpin tertinggi katolik, beberapa paderi dan orang awam dalam kepimpinan Sodalitium Christianae Vitae (SVC).
Menurut kenyataan tersebut, Vatican mendapati beberapa individu dalam SVC terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan kewangan termasuk menyeleweng wang gereja.
Jelas kenyataan itu seperti yang dipetik Associated Press (AP), siasatan dilakukan oleh penyiasat jenayah seksual terkemuka Vatican, Biskop Malta Charles Scicluna dan Monsignor Jordi Bertomeu.
“Individu berpangkat paling yang dipecat oleh Paus Francis ialah Pemerintah Agung Jose Antonio Eguren. Francis telah memaksa Eguren meletak jawatan sebagai pada bulan April lalu,” jelas kenyataan itu.
SVC enggan memberikan reaksi balas ketika diminta berbuat demikian oleh AP.
Kenyataan oleh Vatican itu juga luar biasa kerana ia menyebut nama-nama individu yang dianggap bertanggungjawab atas penyalahgunaan tersebut.
Keputusan terbaharu oleh Paus Francis itu dibuat susulan pemecatan pengasas SVC, Luis Figari, bulan lalu setelah siasatan mendapati beliau meliwat pengikutnya.
Figari mengasaskan SCV pada tahun 1971 sebagai sebuah komuniti awam dan memiliki kira-kira 20,000 anggota di seluruh Amerika Selatan, dengan pengaruh yang sangat besar di Peru dan Amerika Syarikat.


































