Pemandangan daerah pusat perniagaan dengan kawasan Chinatown dan Maxwell Singapura pada 29 April lalu.
SINGAPURA: Singapura mengharamkan penggunaan basikal dan peranti mobiliti peribadi (PMD) tidak bermotor seperti skuter atas faktor keselamatan bermulai Julai 2025.
Menurut Utusan Malaysia, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan bahawa basikal dan skuter akan dilarang daripada menggunakan laluan pejalan kaki yang bersebelahan dengan lorong berbasikal.
Katanya, mereka akan menukar laluan kepada laluan pejalan kaki sahaja dan peraturan tersebut dijangka bakal dikuatkuasakan mulai Julai tahun depan.
“Tindakan ini dibuat demi meningkatkan keselamatan pengguna laluan terutamanya pejalan kaki, manakala basikal dan PMD tidak dibenarkan lagi untuk menggunakan laluan ini dan kami menggesa mereka untuk mematuhi laluan pejalan kaki untuk keselamatan mereka.
“Membenarkan penunggang basikal dan peranti mobiliti peribadi untuk menyesuaikan diri dengan keperluan ini, LTA akan memberi tempoh peralihan sebelum ia dikuatkuasakan pada 1 Julai 2025,” katanya seperti dilaporkan Channel News Asia.
Mereka yang ditangkap kerana melanggar peraturan ini boleh didenda sebanyak S$2,000 (RM 6,734) atau penjara selama 3 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Pada masa ini, basikal dan PMD dibenarkan di laluan pejalan kaki bersebelahan dengan lorong berbasikal, walaupun pengguna laluan digalakkan untuk melalui laluan masing-masing di bawah kod kelakuan untuk mobiliti aktif.
Tambah pihak penguasa itu lagi, apabila peraturan tersebut dikuatkuasakan, pengguna bantuan mobiliti peribadi akan dihadkan tidak melebihi daripada emal kilometer per laju yang sama dengan kelajuan berjalan selain laluan itu juga hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki dan pengguna alat bantu mobiliti peribadi.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat dalam satu hantaran di Facebook berkata dengan adanya peraturan ini, pengguna laluan ini akan mempunyai keselesaan yang lebih besar apabila mereka berjalan di laluan pejalan kaki sahaja.
Walau bagaimanapun, beliau berkata tidak semua laluan di Singapura akan dipisahkan oleh kerana terdapat ruang yang tidak boleh dipisahkan disamping kekangan tapak.
“Setengahnya akan kekal sebagai laluan yang dikongsi, jadi sangat penting kepada semua orang untuk bertimbang rasa dan memberi perhatian kepada keselamatan apabila kita menggunakan laluan ini secara bersama, pada masa sama meningkatkan keselamatan kepada laluan pejalan kaki,” katanya.


































