Lokasi yang menjadi konsert Taylor Swift di Vienna, Austria.
VIENNA: Pihak berkuasa Austria menemukan bahan kimia di rumah suspek lelaki berusia 19 tahun yang merancang menyerang konsert artis antarabangsa, Taylor Swift di Vienna, Austria.
Menurut Utusan Malaysia, Reuters melaporkan, perkara dimaklumkan oleh Pengarah Umum Keselamatan Austria, Frankz Ruf.
Katanya, dua lelaki tersebut dipercayai pengikut kumpulan Negara Islam (IS_.
“Kami sudah tentu menyiasat persekitaran mereka yang lebih luas,” kata Ruf, sambil menambah bahawa ancaman itu dapat dikurangkan dengan penahanan suspek.
Tiga konsert artis Taylor Swift yang dijadual berlangsung di Vienna, Austria dalam minggu ini dibatalkan setelah pihak kerajaan mengesan wujudnya serangan.


































