PARIS: Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisau di sebuah stesen kereta api utama di Paris, Perancis.
Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, polis berkata, seorang mangsa cedera parah di bahagian perut semasa insiden tikaman yang berlaku di stesen Gare de Lyon pada awal pagi kelmarin.
Katanya, dua lagi mangsa pula mengalami luka ringan.
Menurut polis, suspek berjaya ditahan dan kini berada dalam tahanan.
Jelas polis, suspek berasal dari Mali dan mempunyai lesen memandu Itali.
Sejak kebelakangan ini, Paris melaporkan beberapa serangan bersenjatakan pisau.
Pada Disember tahun lalu, seorang pelancong terbunuh dan dua lagi cedera berhampiran Menara Eiffel akibat insiden tikaman.
Januari tahun lalu, enam orang cedera akibat ditikam di Gare du Nord.


































