Isnin Aliasnih
KOTA KINABALU: Kesemua 32 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kawal seliaan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) setakat ini adalah secara sewaan sahaja, kata Pembantu Menteri KKTP, Datuk Isnin Aliasnih.
Model ini akan diteruskan kerana permintaan kemudahan PPR adalah amat tinggi sekali dan sekiranya ianya dijual maka golongan rakyat yang seterusnya tidak dapat menikmati kemudahan ini, katanya kepada pertanyaan Datuk Wong Hong Jun (Tanjong Aru) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Wong bertanya apakah status skim rumah Projek Perumahan Rakyat di Sabah terutama di Putatan (PPR Sri Keramat dan PPR Sri Serigai) dan adakah skim sewa beli (rent-to-own) atau hanya untuk disewa semata-mata.






















