Tangkap layar video menunjukkan Robert mengimbangi badannya pada dinding ketika memanjat dengan hanya menggunakan kakinya.
DUBLIN: Seorang pendaki dari Ireland mencuri tumpuan ramai dengan memanjat tembok tiruan tanpa menggunakan tangannya.
Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, Robert McCaffrey melakukan aksi demikian dengan posisi kedua-dua tangannya berada di belakang badannya.
Robert memuat naik sebuah video memaparkannya mengambil bahagian dalam `no hands challenge’ di sebuah gim yang menawarkan aktiviti memanjat tembok tiruan di Dublin.
Dia berkongsi rakaman video itu dengan lebih 5,000 pengikut di laman Instagram.
Rakaman itu menunjukkan Robert mengimbangi badannya pada tembok ketika memanjat laluan dengan hanya menggunakan kakinya.
Pendaki itu berjaya mengimbangi berat badannya dengan sempurna menggunakan kaki sambil bergerak ke atas dinding menggunakan kekuatan luar biasa.
Rakaman video itu membuatkan warganet bingung bagaimana Robert mampu melakukan aksi itu dengan begitu mudah.
Malah, ramai pengguna media sosial terkejut mempercayai teknik sedemikian juga adalah berkesan.