Hajiji bersama Ahli-ahli Parlimen GRS dan Tenom pada pertemuan di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua orang Menteri Persekutuan serta Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Tenom di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Mereka ialah Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.
Delegasi Alexander terdiri daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad, Timbalan KSU, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool.

Hajiji bersama Alexander semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
Hajiji diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya persekutuan dan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Sabah.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Pembantu-pembantu Menteri iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawiq.
Sementara itu, Sivakumar diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Dato’ Haji Amran Haji Ahmad.
Hajiji turut mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen GRS iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali yang juga Ahli Parlimen Papar, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industry Makanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Lo Su Fui (Tawau) dan Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin.