Dr. Jeffrey (kanan) bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Ser Dr. Joachim Gunsalam ketika tiba untuk sesi mesyuarat sidang DUN Sabah hari ini.
KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ketika ini sedang melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Kerja-Kerja Naik Taraf Sungai Putatan dan Kerja-Kerja Berkaitan (Pakej 3), di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kemajuan kerja fizikal di tapak ketika ini adalah sebanyak 74.043% (sebenar) berbanding 73.846% (jadual) iaitu melebihi 0.197% bersamaan 12 hari kehadapan dan dijadualkan siap pada 31 Disember 2024.
Katanya, antara status kerja yang dilaksanakan adalah seperti Preliminaries and General Items = 96.00%, Bridge = 55.00%, Contiguous Bored Pile = 97.00%, Flood Bund = 49.00%, Retaining Walls = 89.26%, Trapizoidal River Channel = 83.00%, Flood Gate = 58.00%, Outfall Drain = 80.00%, Flow Control Structure = 78.00%, Jetty Kg. Sipanggil = 0.00% and Provisional Sum = 70.00%
“Sebanyak 89 buah struktur termasuk rumah setinggan berada didalam jajaran projek yang perlu dialihkan/dirobohkan dan merupakan salah satu halangan dalam perlaksanaan projek ini.
“JPS telah memohon untuk mendapatkan kelulusan perobohan rumah setinggan yang terlibat di dalam jajaran projek kepada Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas) pada sidang DewN Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Awang Sah bertanya apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kawasan Kampung Tebongon, Kampung Ketiau, Kampung Sailan, Kampung Teguli dan Kampung Ulu Putatan yang akan banjir jika hujan berterusan melebihi dua hingga tiga jam.
Dr. Jeffrey berkata, untuk Kampung Ketiau, JPS ketika ini sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Ketiau, Putatan Sabah di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, kemajuan kerja fizikal di tapak ketika ini adalah sebanyak 8.470% (sebenar) berbanding 8.430% (jadual) iaitu melebihi 0.050% bersamaan satu hari kehadapan dan dijadualkan siap pada 30 Oktober 2024.
Jelasnya, antara status kerja yang dilaksanakan adalah seperti Preliminaries and General Items = 71.72%, Environment Protection and Enhancement = 100.00%, Traffic Management Control = 0.00%, Demolition and Site Clearance = 0.00%, Earthworks = 0.00%, Piling Works = 0.00%, R.C Drain Works = 8.82%, R.C Culvert Works = 2.91%, Control Gate = 0.00%, Method Related Charges = 0.00% and Provisional Sum = 3.46%
“Sebanyak 78 buah rumah setinggan berada didalam jajaran projek yang perlu dialihkan / dirobohkan dan merupakan salah satu halangan dalam perlaksanaan projek ini.
“Jabatan Pengairan dan Saliran telah memohon dengan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan pembayaran rumah setinggan menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian saya,” katanya.
Dr. Jeffrey berkata, Kementeriannya amat menitik beratkan progres pelaksanaan projek ini dengan memantau dengan rapi kemajuan fizikal dan kewangan projek bagi memastikan manfaat projek ini dalam mengurangkan impak banjir dapat dikecapi oleh rakyat di kawasan yang terlibat.