Isnin Aliasnih
KOTA KINABAlU: Majlis Daerah Beluran dan Majlis Daerah Telupid telah mengambil langkah awal dengan mengasingkan senarai hakmilik mengikut sempadan daerah masing-masing.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, usaha seterusnya yang akan diadakan oleh kedua-dua Majlis Daerah ini adalah untuk mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) bagi mengenal pasti dan mengemaskini data-data hakmilik di sepanjang sempadan daerah Beluran dan Telupid.
“Ini adalah berikutan keputusan mesyuarat di peringkat Kementerian saya iaitu Mesyuarat Status Tanah Majlis Daerah Beluran yang berada dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Telupid yang telah diadakan pada 23 November 2022.
Isnin menjawab pertanyaan Jonnybone J. Kurum (Telupid) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Jonnybone bertanya apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah Majlis Daerah Telupid dan Majlis Daerah Beluran yang menghadapi masalah pertindihan pungutan cukai tanah.