SEOUL: Drama popular, Squid Game musim kedua bakal ditayangkan di Netflix tidak lama lagi.
Menurut Utusan Malaysia, Netflix Korea, selaku penerbit memaklumkan penggambaran drama enam episod itu sudah selesai dilakukan dan sedang dalam proses akhir penyuntingan.
“Kami sudah diperingkat akhir untuk proses penyuntingan dan penerbitan Squid Game musim kedua.
“Namun begitu, kami belum boleh memberikan apa-apa info mengenai musim ketiga drama ini,” tulis syarikat itu menerusi satu kenyataan akhbar di aplikasi Naver.
Netflix Korea berkata demikian bagi mengulas mengenai khabar angin kononnya penggambaran musim kedua dan ketiga drama popular itu sedang dijalankan serentak.
Terdahulu, Netflix bagaimanapun telah memberi bayangan bahawa musim kedua drama thriller ini akan menemui penonton pada musim sejuk.
Malah, beberapa pelakon senior dan popular juga bakal membintangi drama ini antaranya Gong Yoo dan Lee Byung-hun.
Selain mereka, antara nama lain yang dikhabarkan bakal menjayakan drama bersiri musim kedua ini ialah Choi Seung-hyun atau T.O.P, Lee Jin-wook, Jo Yuri, Won Ji-an, Roh Jae-won, Kang Ae-sim, Lee David dan Lee Jin-wook.
Sebelum ini, ketika Squid Game diterbitkan pada tahun 2021, mereka telah mencipta rekod apabila menjadi naskhah nombor satu paling banyak ditonton di 82 negara.
Drama yang mengisahkan permainan survivor ini juga mendapat empat pencalonan di anugerah berprestij Screen Actors Guild (SAG) Awards.


































