Hajiji (empat dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Muhammed Taufiq selepas kunjungan hormat di Menara Kinabalu hari ini.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan untuk membawa lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan sukan ke Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, inisiatif Persekutuan itu akan melengkapi usaha Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pembangunan modal insan dan sukan di negeri ini.
“Sukan juga merupakan platform penting dalam memupuk perpaduan,” katanya semasa menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan Persekutuan Dr. Muhammed Taufiq Johari di Menara Kinabalu here today.
Turut hadir Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Setiausaha Tetap, Datuk Mansur Asun.
Dalam kunjungan itu, Dr. Muhammed memaklumkan kementeriannya telah merancang beberapa program pembangunan sukan dan belia untuk Sabah.
Beliau berkata, Sabah juga mempunyai potensi besar untuk membangunkan pasaran khusus terutama dalam bidang pelancongan sukan.
Dr. Muhammed turut memuji komitmen Sabah menghantar kontinjen seramai 200 orang bagi menyokong sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan di Negeri Sembilan pertengahan bulan ini.
































