Jamawi (kanan) bersalaman dan menyantuni orang ramai yang hadir ke pameran Kebun Dapur Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.
TENOM: Inisiatif Kebun Dapur buat julung kali diadakan di daerah ini, menghimpunkan ribuan penduduk sekitar Tenom dan Kemabong sempena Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar yang juga ADUN Melalap turut menyertai Kursus Cantuman Durian yang diadakan di luar Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini, hari ini.

Jamawi (tengah) memberikan tunjuk ajar teknik cantuman durian kepada seorang anak muda.
Dalam program itu, Jamawi mengadakan demonstrasi teknik cantuman durian bagi menghasilkan baka durian yang lebih berkualiti dan bernilai tinggi.
Inisiatif Kebun Dapur Daerah Tenom tersebut diadakan bersempena Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom yang akan dirasmikan oleh beliau esok.
Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian, Jumain Abdul Ghani; Pegawai Daerah Tenom, Alexander Liew; Ketua Daerah, Tusib Tulas; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Denesly Justin serta pegawai kementerian.
Turut serta dalam program itu ialah jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) yang mengadakan pameran serta jualan produk tempatan.
































