Masidi (tujuh dari kiri) menerima Buku Belanjawan 2026 daripada Sofian (enam dari kiri) di Pejabat Menteri Kewangan di Menara Kinabalu, disaksikan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menerima dan membuat semakan terakhir Buku Belanjawan 2026 bertema “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”, yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada jam 3 petang Jumaat ini.
Penyerahan buku tersebut dilakukan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Sofian Alfian Nair, bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan), Chee Shok Ting dan Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan, Mohd. Faizal Mohd. Tahir.
Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ben Chong dan Datuk Mohd. Ishak Ayub, serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.






















