Pasukan Tawau dan Keningau sama-sama mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi untuk menang.
TAWAU: Tuan rumah SAGA XI dalam acara Bola Jaring akur kehebatan Keningau setelah tewas di peringkat kumpulan dengan kiraan mata 29 berbalas 61.
Dalam perlawanan ke sembilan sukan bola jaring tersebut, Keningau mendominasi permainan dari suku pertama sehingga berakhir suku ke empat.
Pertandingan pada suku pertama, Tawau tertinggal jauh dengan kiraan mata 4 -16 dan seterusnya setelah tamat suku kedua, Keningau terus ke depan dengan penambahan 14 lagi mata menjadikan 30 berbanding Tawau hanya 12 mata.
Memasuki suku ke tiga, Keningau terus cemerlang dengan memungut 48 mata keseluruhan jauh meninggalkan Tawau dengan hanya 21 mata.
Dalam pusingan akhir di suku ke empat, Tawau terus ketinggalan dan hanya berjaya mendapat lapan mata berbanding Keningau dengan tambahan 12 mata menjadikan keputusan akhir perlawanan memihak Keningau dengan kiraan mata 61 berbalas 29.
Berpandukan keputusan itu, Keningau terus mara layak ke peringkat seterusnya manakala tuan rumah Tawau terpaksa akur terhenti di peringkat kumpulan.


































