Tun Musa ketika tiba di perkarangan Dewan Sri Putatan.
PUTATAN: Tekanan air Sepanggar dan Tuaran akan kembali pulih awal Julai apabila paip utama baru daripada Telibung II fasa 2 siap dipasang dan dibuat tanaman testing and commissioning pada hujung Jun ini.
Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan prestasi kemajuan kerja kontraktor dari semasa ke semasa.
“Kita tengah monitor perkembangan prestasi kemajuan kerja kontraktor dan daripada lawatan saya terakhir pada hujung Mac sebelum Hari Raya saya begitu yakin ia boleh disiapkan pada hujung Jun.

Tun Musa (empat dari kiri) diiringi Isteri, Toh Puan Faridah (lima dari kanan) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir.
“Jadi, itu bermakna jumlah air yang dihasilkan di telibong 2 Fasa 2 termasuk Telibong 1 akan mencapai tahap yang optima.
“Pada masa sekarang sebab paip baru itu belum siap, maka bekalan air masih dalam kuantiti hanya 100-105 juta liter sehari,” katanya ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Ir. Shahelmey Yahya, pada Ahad.
Beliau turut mengulas kejadian gangguan bekalan air yang berlaku di Sepanggar dan Tuaran berikutan sebatang paip transmisi utama berdiameter 1000mm di Kampung Bakut, Tuaran retak.
“Kerja- kerja membaik pulih telah dijalankan memakan masa lebih kurang dua hari dan siap pada awal tubuh Khamis dan selepas itu bekalan air pulih telah di isi ke tangki simpanan utama yang kita panggil sebagai K1.
“Namun, selepas tangki K1 tersebut mencapai paras yang baik, satu lagi transmisi paip bocor yang terletak di kawasan kampung Brunei Sepanggar yang dimana paip tersebut menghantar air daripada K1 kepada tangki R13 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
“Kejadian bocor tersebut disebabkan oleh sambungan haram yang apabila wujud tekanan air di dalam paip transmisi tersebut menyebabkan sambungan tersebut tercabut dan ia telah diperbaiki pada hari Khamis tersebut juga dan lewat malam Khamis, iaitu pada awal pagi Jumaat, paras R13 di UMS mencapai tahap yang baik, lebih 3 meter dan selanjutnya boleh disalurkan kepada kawasan pengguna.
“Namun demikian, ada juga kejadian-kejadian macam contohnya perumahan Alam Mesra hanya pada 10 pagi, 11 pagi Jumaat bekalan kembali pulih disebabkan oleh kejadian apa yang kita panggil airlock, udara tersumbat di dalam saluran paip maka kita minta pasukan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk buat flushing, keluarkan air yang terperangkap supaya air boleh lalu di saluran tersebut. Jadi Alhamdulillah Kingfisher, Alam Mesra kembali pulih.
“Di Kampung Likas pula, saya juga mendapat sedikit aduan, tekanan yang rendah dan antara cabaran kita ialah saluran-saluran paip yang ditebuk oleh sambungan haram.
“Saya minta pasukan jabatan air untuk sentiasa memantau cabaran itulah dari masa ke semasa,” jelasnya.
Majlis yang dimeriahkan kira-kira 10,000 warga Putatan dari pelbagai kaum itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin.
Dalam majlis tersebut, Tun Musa menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Papar dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Putatan masing-masing berjumlah RM10,000.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr. Safar Untong.