NEW DELHI: Doktor menemukan cacing sepanjang 30.48 sentimeter di dalam pundi kencing seorang pesakit, selepas beliau mendakwa mengalami kesukaran membuang air kecil.
Menurut Utusan Malaysia, lelaki berusia 32 tahun dari India itu mengalami simptom seperti demam dan sukar kencing sebelum mendapatkan rawatan.
Ketika pemeriksaan dijalankan, doktor menemukan parasit berwarna merah yang masih bergerak dalam pundi kencing pesakit itu.
Spesies parasit tersebut dikenali sebagai Dioctophyma renale, atau lebih dikenali ‘Cacing Buah Pinggang Gergasi’.
Cacing yang ditemukan dalam pundi kencing lekaki itu didakwa jantan, jika ia betina, keadaan pesakit dijangka lebih teruk kerana ia boleh membesar sehingga tiga kaki panjang.
Menurut laporan Mirror, cacing tersebut mempunyai lebar kira-kira setengah sentimeter.
Pesakit itu mengaku dia gemar makan ikan mentah, dipercayai punca kepada cacing itu.
Parasit boleh berpindah melalui ikan kepada haiwan yang memakannya, sebelum hidup dalam tubuh dan membesar dengan memakan bahagian dalam badannya.


































