Hendrus (tengah) bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam (kanan) dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya.
KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) sedia maklum mengenai kejadian banjir di Kampung Rampayan yang berpunca daripada limpahan air Anak Sungai Rampayan (Laluan Institut Sinaran).
Pembantu Menteri MAFFI, Datuk Hendrus Anding berkata, penyelenggaraan Anak Sungai Rampayan adalah termasuk dalam pakej penyelenggaraan Parit-Parit Utama Pakej 5.
“Kerja pengorekan dilaksanakan sebanyak enam kali sepanjang tempoh kontrak lima tahun yang bermula dari tahun 2021 hingga 2026,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Beliau menjawab soalan daripada Azhar Matussin (Darau) yang bertanya adakah Kementerian menyedari bahawa Sungai Rampayan (Laluan Institut Sinaran) kini berada dalam keadaan terlalu cetek disebabkan oleh mendapan lumpur dan menyebabkan laluan air melimpah dalam masa yang singkat.


































