Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. – Ihsan Bomba
KOTA KINABALU: Sebuah kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Teluk Likas pada awal pagi tadi melibatkan sebuah kenderaan jenis BMW yang terbabas sendiri dan melanggar pokok.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba yang terdiri daripada sembilan anggota, diketuai oleh PBK II Judi Trisna, tiba di lokasi pada jam 6.06 pagi, kira-kira tujuh kilometer dari balai.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati seorang mangsa lelaki berada di dalam kenderaan yang terbabas.
Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Namun, sebagai langkah keselamatan, pihak bomba bertindak menghantar mangsa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Operasi yang melibatkan jentera FRT-1, EMRS-1 dan RIM-2 ini berakhir pada jam 6.23 pagi, selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi ancaman bahaya di lokasi.
































