Model kereta Formula Satu Audi di Pameran Automobil Antarabangsa Geneva di Doha, Qatar, tahun lalu.
LONDON: Audi mengesahkan komitmen jangka panjang dalam dunia Formula 1 (F1) selepas rakan pengeluar Renault memutuskan untuk menamatkan projek enjin mereka untuk musim 2026.
Menurut Utusan Malaysia, keputusan Renault untuk keluar dari F1 menyaksikan Audi akan beralih menjadi pasukan pelanggan di bawah peraturan unit kuasa baharu yang akan diperkenalkan pada 2026.
Walaupun Renault meninggalkan projek enjin, sukan ini masih akan menerima penyertaan baharu seperti Red Bull-Ford, Audi dan kepulangan Honda bagi memastikan grid yang kompetitif.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Audi, Gernot Dollner menolak kebimbangan yang Audi mungkin ketinggalan berbanding pasukan mapan seperti Mercedes dan Ferrari dalam pembangunan unit kuasa mereka untuk 2026.
“Tidak. Itu bukan sebahagian dari perbincangan (berkenaan unit kuasa). Saya memberi jaminan bahawa keputusan Renault tidak akan menjejaskan kemajuan Audi,” kata Dollner.
Dollner turut berkata, komitmen Audi terhadap F1 semakin kuat susulan bermula 1 Januari 2025, Audi akan mempertingkatkan Sauber.
“Audi akan sepenuhnya menguasai Sauber. Secara peribadi saya akan melibatkan diri lebih intensif dalam projek F1 kami. Kami percata bahawa kami telah menemui penyelesaian sempurna untuk operasi masa depan kami,” katanya.
Dollner melaungkan keyakinannya terhadap Audi akan lebih kompetitif susulan di bawah pimpinan Mattia Binotto dan Jonathan Wheatley.


































