Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat membentangkan cadangan pindaan Akta 574 Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 bagi menangani isu berkaitan akaun kelda yang digunakan scammer `mencuri’ duit mangsa pada sesi Parlimen kali ini.
Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kebanyakan aktivi penipuan dalam talian digerakkan dengan menggunakan akuan kelai sebagai tempat persinggahan untuk menyimpan wang milik mangsa sebelum dipindahkan ke akaun lain.
Menurut beliau, apabila siasatan dijalankan ke atas pemilik akaun itu, didapati akaun mereka telah disewakan atau diberi akses kepada orang lain secara sukarela atau sebaliknya.
Malah, katanya, perkara tersebut menyukarkan proses siasatan apabila pemilik akaun itu kebiasaannya tidak mengenali pihak ketiga yang menyalah guna akaun bank mereka sebagai medium transit wang mangsa.
“Buat masa ini, perundangan sedia ada tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan bagi tindakan pemilik akaun yang membenarkan akaun milik mereka digunakan oleh orang lain dan tiada peruntukan khusus yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menyekat pergerakan wang mangsa setelah disalurkan ke akaun keldai.
“Disebabkan keperluan ini, kerajan sedang mempertimbangkan cadangan pindaan kepada Kanun Keseksaan Akta 574 dan Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian yang berkaitan dengan akaun keldai secara komprehensif dan berkesan,” katanya dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, kelmari.
Beliau menjawab soalan asal RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung status penggubalan perundangan berkaitan kesalahan dengan akuan keldai.
Mengulas lanjut, Azalina berkata, cadangan pindaan dipertimbangkan akan melibatkan perwujudan kesalahan baru yang berkaitan dengan tindakan mana-mana pihak yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain tanpa kuasa yang sah bagi tujuan yang sah untuk menangani isu akaun keldai.
Selain itu, katanya, pindaan itu akan memberikan kuasa kepada pegawai penyiasat untuk mengarahkan permintaan akaun bank yang disyaki terlibat dengan aktivit jenayah siber.
“Kedua-dua cadangan pindaan ini dijangka dibawa dan dibentang dalam sesi parlimen kali ini setelah memperoleh pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya.


































