Cristiano Ronaldo gagal memberi impak ketika turun berdepan Republik Czech dalam aksi pertama Euro 2024.
LONDON: Bekas pemain Aston Villa, Gabby Agbonlahor mendakwa pengendali Portugal, Roberto Martinez takut untuk meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan alam kempen Euro 2024.
Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, bekas pemain Manchester United itu tidak sepatutnya bermain untuk Portugal pada Euro 2024 dan penampilannya di atas padang mungkin akan menghalang pasukannya muncul juara.
Ronaldo yang kini sudah mencecah umur 39 tahun bermain 90 minit ketika Portugal meraih kemenangan ke atas Republik Czech pada aksi Kumpulan F saingan Euro di Red Bull Arena pada Rabu.
Biarpun Ronaldo beraksi dalam kemenangan itu, namun Agbonlahor yang menjadi tetamu undangan untuk program bola sepak tidak melihat peranan besar dimainkan tonggak penyerang Al-Nassr itu.
“Secara jujur, saya akan dimaki kerana mengatakannya di media sosial tetapi saya menonton perlawanan itu dan saya berfikir dia sebenarnya bukan Ronaldo yang dahulu.
“Semua pemain cuba mencari dia dengan hantaran silang. Tetapi mereka tidak benar-benar mempercayainya untuk bermain permainan satu-dua. Saya tidak fikir Ronaldo sepatutnya berada dalam kesebelasan utama.
“Ronaldo sepatutnya masuk untuk tempoh 15, 20 minit terakhir. Mereka ada Joao Felix, Diogo Jota, yang pernah bermain sebagai pemain nombor sembilan sebelum ini.
“Saya rasa seperti Martinez takut untuk meletakkan Ronaldo di bangku simpanan. Adakah itu akan menjadi isu dalam kejohanan ini,” katanya.
Bekas bintang Manchester United itu sentiasa menyertai kejohanan Euro dengan penampilan pertama pada usia 19 tahun di pada Euro 2004 dan edisi di Jerman kali ini adalah penampilan keenamnya.
































