NEW YORK: Model digital ciptaan kecerdasan buatan (AI), Lily Rain yang dibangunkan oleh penciptanya mampu meraih AS$20,000 (RM95,000) sebulan menerusi platfrom media sosial berasaskan langganan, Fanvue.
Menurut Utusan Malaysia, Oddity Central melaporkan, model itu hanya muncul dalam foto yang melakukan perjalanan yang menakjubkan sehingga meniti popular sebagai model pelancongan.
Profil Lily Rain menunjukkan wanita muda ini mengunjungi pelbagai lokasi menarik di seluruh dunia. Namun, sebenarnya foto itu dijana sepenuhnya hasil teknologi AI.
Pembangun kandungan itu berkata, dia mampu mencipta gambar pemandangan yang indah tanpa melibatkan masa perjalanan panjang dan kos yang tinggi.
“Lily ialah contoh utama pencipta mengisi jurang dalam ruang perjalanan.
“Lily boleh kelihatan seperti seorang Kardashian yang menikmati perjalanan ski di resort pergunungan terbaik,” katanya.
Banyak model manusia sebenar yang melakukan pengembaraan yang jauh lebih popular daripada model digital seperti Lily.
Namun, mereka perlu membuat banyak pelaburan untuk menampung kos perjalanan, alat solek dan koleksi pakaian bagi setiap musim, lokasi dan rutin jadual yang padat.
Sedangkan, Lily hanya muncul dalam foto di lokasi yang menakjubkan dengan hanya beberapa klik daripada pencipta mereka.