LOS ANGELES: Penyanyi dan penulis lirik, Lisa Marie Presley, 54, meninggal dunia Khamis selepas dikejarkan ke sebuah hospital di California setelah mendapat serangan jantung.
Lisa Marie merupakan satu-satunya anak mendiang penyanyi lagenda rock n roll, Elvis Presley.
Menurut Utusan Malaysia, ibunya, Priscilla Presley berkata, beliau amat bersedih dengan pemergian anak perempuannya itu.
“Dengan berat hati saya mesti berkongsi berita buruk bahawa anak perempuan saya Lisa Marie sudah pergi meninggalkan kita, kata Priscilla dalam kenyataan kepada majalah PEOPLE.