WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda wilayah Kepulauan Kermadec di New Zealand kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memberitahu, gempa itu berada pada kedalaman 152 kilometer (km).
Terdahulu, Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) menganggarkan gempa bumi pada magnitud 6.6 skala Ricther melanda wilayah kepulauan itu.
Malah, EMSC juga memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 183km.
Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi itu.





























