Pemenang acara tenis kategori individu lelaki.
TAWAU : Penyampaian pingat acara tenis kategori individu lelaki menutup tirai kejohanan Sukan Sabah (SAGA) XI 2025, pada Jumaat.
Dalam penyampaian tersebut, atlet Putatan, Krishen Gil Jayendran berjaya merangkul pingat emas selepas menewaskan atlet Sandakan Shawn Alfie Silvester dalam perlawanan akhir dengan pungut mata 7-5, 6-1.
Krishen turut dinobatkan sebagai Most Valuable Player bagi acara berkenaan.
Manakala, pingat gangsa dikongsi bersama atlet Sandakan, Sharrvineswaran Uigneswaran dan atlet Kota Kinabalu, Mohd Ayyan Waqas.
Acara tenis yang membuka tirai Sabtu lepas mempertandingkan dua kategori iaitu berpasukan lelaki dan individu lelaki.






























