Antara aksi yang dipamerkan atlet pada peringkat akhir bola sepak wanita.
TAWAU : Pasukan Tenom mengungguli acara akhir bola sepak wanita Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.
Dalam peringkat akhir Tenom menumpaskan pasukan Kota Belud 2-1 manakala pingat gangsa pula dimenangi oleh oleh Sipitang selepas turut menundukkan lawan dari Tongod 2-1.
Acara bola sepak peringkat akhir berlangsung di Padang Bola Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau di sini, pada Khamis.






























