Hajiji melakukan gimik pelancaran di perkarangan Masjid Bandaraya.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor hari ini melancarkan Karnival Jubli Perak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Pelbagai program telah diatur sepanjang karnival yang berlangsung dari 18 hingga 20 April, termasuk pameran oleh jabatan kerajaan dan sektor swasta di perkarangan masjid.

Hajiji melawat reruai pameran Jabatan Kesihatan.
Hajiji yang diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif serta Pengerusi Masjid Bandaraya, Datuk Paiman Abd. Karim turut melawat pameran selepas majlis pelancaran.


































