Polis mengawal persimpangan jalan North 14 dan West Vliet, berhampiran Konvensyen Kebangsaan Republikan, pada 16 Julai 2024.
WASHINGTON: Polis Amerika Syarikat (AS) menembak mati seorang lelaki bersenjata di zon selamat sekitar Konvensyen Kebangsaan Republikan (GOP) di Milwaukee, Wisconsin semalam.
Menurut Utusan Malaysia, Jurnal Milwaukee Sentinel melaporkan kejadian tembakan berlaku berhampiran jalan North 14 dan West Vliet di Milwaukee, kurang 1.6 kilometer dari perimeter keselamatan untuk konvensyen itu.
Saksi mendakwa, lelaki terbabit cuba mengacukan pisau ke arah anggota polis sebelum pasukan keselamatan melepaskan tembakan, lapor New York Post.
Insiden itu berlaku beberapa hari selepas bekas Presiden AS, Donald Trump diserang semasa perhimpunan politik di negeri Pennsylvania, Sabtu lalu.
Walaupun mengalami kecederaan di telinga, Trump tetap muncul di konvensyen Republikan pada Isnin.
Trump secara rasmi dicalonkan sebagai calon Parti Republikan untuk pilihan raya Presiden, November ini.
































