Keadaan kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori membawa muatan tar di Jalan Tanjung Tualang, Kampar semalam. – Utusan/Bomba Perak
KAMPAR: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan lori yang membawa muatan tar di Jalan Tanjung Tualang di sini semalam.
Menurut Utusan Malaysia, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 8.02 malam.
“Kemalangan menyebabkan mangsa seorang lelaki berusia 40-an menunggang sebuah motosikal jenis Honda Wave tertimbus di bawah timbunan tar.
“Peralatan khas digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

































