Pelajar-pelajar tersebut bersama guru pembinbing menerima Anugerah Emas pada pertandingan itu.
SEMPORNA: Lima pelajar SMK Pamol, Beluran mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan sebagau pemenang Anugerah Emas bagi kategori Alam Sekitar menerusi projek inovasi mereka yang dinamakan EcoBright Solar Lamps (ESL).pada pertandingan InoBorneo2023 yang berlangsung di Semporna dari 3-5 Okt.
Lebih membanggakan lagi, pasukan inovasi sekolah ini akan menjadi wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa pada pertandingan Asia Pacific Conference of Young Scientists (APCYS), Hermosillo, Mexico 2023 yang dilaksanakan secara dalam talian.
Pelajar-pelajar tersebut ialah Shymelysney Mooney, Susanna Qwek San San, Siti Rafbiyatul Adawiyah Josmin, Margarcesybell Safrese dan Muhammad Roufieq Romena Nasir.
Kejayaan mereka adalah hasil bimbingan Cikgu Siti Noraini, Cikgu Tajudin, Cikgu Zulkarnain, Cikgu Faris, Cikgu Shafikah dan disokong penuh oleh Dr. Nancy Ng Yut Kuan (Pegawai SISC+Unit Sains dan Matematik, PPD Beluran), Sanaleh Daud (Pengetua), Marius Salungin (GPK Pentadbiran) dan Ahmad Qusyairi Ibrahim (GPK Kokurikulum) SMK Pamol.
Pertandingan InoBorneo 2023 yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima kira-kira 152 penyertaan daripada seluruh Malaysia.
SMK Pamol merupakan sebuah sekolah pedalaman yang terletak lebih kurang 106 kilometer dari Pekan Beluran.
ESL adlalah sejenis lampu yang dihasilkan daripada botol kitar semula dengan menggunakan tenaga solar untuk membekalkan tenaga elektrik.
Objektif ESL ialah untuk membantu menyelesaikan masalah di kawasan pedalaman yang menghadapi masalah bekalan tenaga elektrik. Di samping itu ianya juga dapat meminimumkan masalah pemanasan global di Malaysia dengan penggunaan tenaga solar.
Pembuatan ESL juga berdasarkan konsep 3R iaitu (reduce, reuse dan recycle) dengan mengitar semula botol plastik untuk dijadikan lampu.
Model ESL ini terdiri daripada satu lapisan botol yang direnyukkan untuk membina sudut tuju pantulan dalam penuh cahaya. Ianya juga diisi dengan air bercampur 70 gram garam untuk menambah ketumpatan medium kerana keamatan cahaya di dalam botol plastic akan meningkat.
ESL ini telah dletakkan di jambatan Kampung Pamol dan juga pagar utama sekolah.
SMK Pamol juga merancang untuk menggunakan ESL sebagai lampu dekorasi di gerbang utama sekolah dalam masa terdekat.


































